Rabu, 27 April 2011

TAMAN ULAR DAN REPTILIA PERLIS

Taman Ular dan Reptilia ini dikelilingi Hutan Simpan Bukit Bintang berdekatan dengan Sungai Batu Pahat yang terletak 10 km ke Utara bandar Kangar yaitu ibu kota Perlis.
Taman Ular dan Reptilia ini merupakan sebuah pusat penelitian yang dibangun untuk menghasilkan penawar bisa ular. Pusat ini merupakan satu-satunya taman ular di Malaysia yang mempunyai lebih dari 20 spesies ular serta buaya dan biawak.
Taman ini mempunyai sangkar serta ruang pameran tertutup. Pekerja di taman ini boleh membantu anda sekiranya anda ingin mengambil gambar bersama ular jinak disini.

CARA KE TAMAN ULAR
Dari Kangar, ikuti papan tanda mengarah ke Sungai Batu Pahat. Taman ini terletak hanya kira-kira 10-15 minit perjalanan dari Kangar .




MISTERI TASIK MELATI

JELMAAN TIGA GADIS MISTERI DI TASIK MELATI, PERLIS




Destinasi ke Perlis Indera Kayangan, jangan sekali-kali meninggalkan jadual untuk mengunjungi Tasik Melati. Ia sebuah tasik semula jadi mempunyai keluasan 6.4 hektar yang terletak kira-kira lapan kilometer dari bandar Kangar.

Kalau berkunjung ke situ bersama keluarga, sebaik-baiknya pada sebelah petang atau awal pagi. Ketika itu kita dapat melihat panorama yang sungguh mengasyikkan apabila kabus menyelubungi tasik itu. Ia seakan-akan berada di sebalik kelambu sutera.

Di situ tersedia kemudahan riadah, lorong untuk berjalan, dan sampan untuk disewa kepada pengunjung yang suka berkayuh. Ia sesungguhnya dapat merehatkan otot dan ketegangan fikiran, kerana kedudukannya terhindar daripada kesibukan lalu lintas dan kebisingan kota.

Di sebalik keindahan alam di Tasik Melati itu, ia juga menyimpan kisah lagenda menyayat hati yang sebelum ini kurang didedahkan kepada umum.

Tasik Melati telah wujud lebih seabad yang lalu. Ia Cuma mendapat perhatian sekitar sepuluh tahun yang lalu dengan usaha pihak Majlis Perbandaran Kangar. Di situ dibina jambatan dan pondok rehat serta landskap indah yang sepatutnya menjadi pujian pengunjung.

Di tasik itu juga mempunyai keunikan tersendiri, kerana di situ mempunyai 150 tasik kecil, seolah-olah menjadi pulau kepada sebuah lautan luas.

Tasik Melati ketika dulu digeruni penduduk berhampiran. Kononnya di situ terjadi kisah seorang gadis dikenali sebagai Melati bersama dua lagi teman sebayanya menjadi habuan nafsu buas sekumpulan lelaki.

Ketiga-tiga gadis itu dikatakan sedang membasuh kain di hujung tasik. Sambil membasuh, mereka yang hanya berkemban bergurau senda sehingga kain salah seorang daripada mereka terburai dan menampakkan buah dada yang montok dan mekar.

Kebetulan pula ketika itu sekumpulan pemuda melintasi di situ. Apabila terpandang saja keadaan gadis itu, mereka diruntun nafsu memuncak sehingga tidak terkawal lagi. Mereka mengheret ketiga-tiga anak gadis tadi ke bawah rimbunan pepohon meliar di tebing tasik.

Malangnya, ketiga-tiga gadis tadi tidak rela mahkota sucinya dirampas dengan mudah. Mereka melawan. Bagi mereka, lebih rela nyawa melayang daripada menyerah kalah. Akibatnya terjadilah pertarungan sengit di pinggir tasik itu.

Hebat! Ketiga-tiga anak gadis dari kampung hujung tasik itu langsung tidak mahu mengalah. Mereka mempertahankan kesucian diri sehingga nafas yang terakhir. Gerombolan lelaki itu akhirnya berjaya menewaskan anak gadis tiga orang. Wah, apa lagi, mereka meratahnya bagaikan harimau mendapat mangsa.

Kerana sesalan yang tidak berpenghujung dan rasa cemas yang datang secara tiba-tiba, mereka mengambil jalan pintas menyembunyikan kesalahan lalu ketiga-tiga mayat gadis itu dilontarkan ke dalam tasik.

Serentak itu air tasik bergelora, hujan panas pun turun lebat. Titisan hujan bagaikan mutiara berkilauan di dada tasik tanda menangisi kematian tiga gadis itu.

Anehnya belum pun hujan panas berhenti, tiba-tiba ketiga-tiga anak gadis tadi kelihatan bergurau senda sesama mereka sambil berenang di tengah tasik.

“Sampai hari ini masih ramai orang berjumpa ketiga-tiga anak gadis itu sedang bermandi-manda di tengah tasik.

“Apabila hari mendung atau hujan panas, terutama sebelah senja selalu orang nampak ketiga-tiga gadis itu berenang-renang di tasik,” dakwa Darini Abdullah, 32, penjual rojak buah dan air minuman di kawasan letak kereta tasik itu.

Menurut Darini lagi, penunggu tasik itu seekor ular sawa sebesar satu pemeluk.

“Saya rasa ia hanya jelmaan sahaja. Sebenarnya mungkin jin atau orang halus menampakkan dirinya seperti ular sawa pada masa tertentu,” kata Darini lagi.

Darini memberitahu lagi, hanya sejak sepuluh tahun kebelakangan ini barulah orang ramai mengunjungi tasik itu, terutama selepas dibina taman rekreasi oleh pihak majlis perbandaran. Sebelumnya orang amat takut melintasi di tepi tasik itu apabila menjelang senja.

Katanya, pernah satu waktu ibunya sendiri tersampuk penunggu ular sawa di Tasik Melati.

“Satu senja emak saya melintasi di tepi tasik itu sambil menyorong basikal kerana ia penuh dengan barang-barang.

“Sampai di rumah emak meracau-racau. Apabila di panggil dukun dia memberitahu emak melanggar ekor ular sawa dan selepas dukun minta maaf, barulah emak pulih,” katanya.

Darini yang tinggal di Batu 2 ½ Jalan Datuk Kayaman juga memberitahu, jika ada pasangan yang membuat kelakuan tidak senonoh di tasik itu, pasti tersesat sehingga tidak tahu jalan keluar.

“Pernah terjadi seoarang pencuri masuk ke kawasan tasik itu dengan barang-barang yang dicurinya. Akhirnya dia berpusing-pusing di kawasan tasik itu sehingga ditemui orang lalu di situ yang kemudian diserahkan kepada pihak polis cerita Darini ramah.

GUA KELAM PERLIS

 Gua Kelam, Perlis



Gua Kelam terletak di Kaki Bukit dan 36km dari bandar Kangar,Perlis. Uniknya gua ini kerana terdapat jambatan kayu gantung sepanjang 370 meter yang menghubungkan antara kaki Bukit dan Lembah Wang Tangga. Dahulunya gua ini dijadikan jalan perhubungan untuk mengangkut bijih timah. Harga tiket masuk ialah Rm 1 bagi dewasa RM0.50 bagi kanak2


Pengalaman yang menarik semasa menjelajahan gua ini ialah setiap penjuru gua dilimpahi oleh lampu yang dapat memperlihatkan struktur batu kapur.


laluan jambatan gantung di dalam Gua Kelam, terdapat air yang mengalir disepanjang jambatan ini.
.


pemandangan kehijauan kawasan dihujung Gua Kelam. Kawasan yang sesuai untuk berkelah dan mandi-manda

TASIK MELATI PERLIS

Melati Lake / Tasik Melati Perlis
Melati Lake / Tasik Melati

Melati Lake , located just 8km north of Kangar, this shallow lake is an ideal place for many relaxing activities. Here, people can be seen setting up picnics, jogging, boating or just relaxing under the shade.
There are elevated walkways that enables you to walk over the lake and take a look at what is there at the bottom of the shallow lake. There are more than 150 sandbar islands all over the lake that is reachable by boat.
Melati Lake / Tasik Melati Perlis
There are toilet facilities and phone booths here as well
.